Monday, November 29, 2010

THE GREAT WARRIOR OF THE PAST AGES: SALAHUDDIN AL-AYUBI



THE GREAT WARRIOR OF THE PAST AGES: SALAHUDDIN AL-AYUBI


HERO sebenar untuk umat manusia terutama umat islam. manusia dinihari mengagongkan hero barat yang kekuatannya di'cipta' melalui CGI (nampak kuat tapi lembik). dunia barat sendiri mengiktiraf kepahlawanan SALADIN(orang barat yang panggil) - bukti pahlawan islam lagi macho dari batman.

SALAHUDDIN al-Ayubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit (bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad)

Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi.




Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga.

Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.

Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria ( masa itu tentera mempunyai banyak bahagian [unit]).

Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.

Khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi). Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.

Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.
Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.


Saturday, November 27, 2010

teach & tough : Parents lah!

1. My parents taught me RELIGION .
“You better pray that you get good exam results or else.”

2. My parents taught me LOGIC.
” Because I said so, that’s why.”

3. My parents taught me MORE LOGIC
“If you fall out of that swing and break your neck, you’re not going to the shop with me.”

4. My parents taught me FORESIGHT.
“Make sure you wear clean underwear, in case you get lucky tonight.”

5. My parents taught me IRONY.
“Keep crying, and I’ll give you something to cry about.”

6. My parents taught me about the science of OSMOSIS .
“Shut your mouth and eat your supper.”

7. My mother taught me about CONTORTIONIST.
“Will you look at that dirt on the back of your neck!”

8. My mother taught me about STAMINA.
“You’ll sit there until all those vegetables are gone.”

9. My parents taught me about WEATHER .
“This room of yours looks as if a tornado went through it.”

10 My parents taught me about HYPOCRISY .
“If I told you once, I’ve told you a million times. Don’t exaggerate!”

11. My parents taught me the CIRCLE OF LIFE.
“I brought you into this world, and I can take you out!”

12. My parents taught me about BEHAVIOR MODIFICATION .
“Stop acting like your father!”

13. My parents taught me about ENVY.
“There are millions of less fortunate children in this world who don’t have rice to eat like you do.”

14. My parents taught me about ANTICIPATION.
“Just wait until we get home.”

15. My parents taught me about RECEIVING .
“You are going to get it when you get home."

16. My parents taught me GENETICS.
“All your bad habits are inherited from your father.”

17. My parents taught me WISDOM.
“When you get to be my age, you’ll understand.”

18. My parents taught me about JUSTICE .
“One day you’ll have kids, and I hope they turn out just like you

My parents
Posted by: ahvincent, 30-Jun-2010

http://blog.thestar.com.my/default.asp?cat=6

Thursday, November 25, 2010

DESIRE VS COINCIDENCE


Pembangunan, pembinaan, pembaharuan dan apa-apa berkaitan manusia yang egois memang kadang kala hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Bukan mahu mempolitikkan isu 'natural environment' tapi terlalu banyak 'kesan khas' yang diberikan tidak balas oleh bumi atas kerja-kerja manusia.

Inovasi manusia yang paling 'teruk' dicipta bermula dari bom atom, bom hirogen, bom fosforus dan penghulu segala bom- bom nuklear (buat masa kini). - dicipta atas nama keamanan

Minggu ini saya suka untuk bercerita tentang abah segala bom dinamakan bom nuklear

Peletusan bom nuklear menghasilkan :-
1. gelombang letupan
2. gelombang terma
3. sinaran gamma dan neutron
4. luruhan radioaktif
5. denyutan elektromagnet
6. gangguan-gangguan atmosfera
(semua kesan-kesan gempak negatif--tiada secebis kuman pun kesan positif dihasilkan)

Apa yang menarik tentang kesan bom nuklear -
1.peningkatan tekanan secara keraksaksaan yang berlaku di dalam bahan-bahan yang sedang mengewap
2.gelombang letupan bergerak dengan kelajuan supersonik
3. kilat terma - (Kilat terma menghasilkan suhu yang tersangat tinggi dan secara serta-merta menghantar gelombang terma yang bergerak dengan kelajuan cahaya)
4.Pada jarak yang lebih jauh, bahan-bahan pepejal akan menjadi cair
5.Suhu akan meningkat tinggi, sehingga mereka yang berada ditempat-tempat perlindungan yang kukuh akan menjadi rentung atau mati kerana kekurangan oksigen
6.Pada jarak yang jauh sedikit lagi suhu mungkin cukup tinggi untuk menyebabkan kebakaran
7.Manusia disekitar tempat letupan boleh mati walaupun dilindungi oleh perisai terma atau perisai sinaran

(Ini kesan-kesan khas yang dianggap style oleh pencinta-pencinta kemusnahan)

Kesan pada alam (secara peribadinya kesan ini paling saya benci - act as nature lover) :-

1.Kesemua zarah-zarah halus terampai di atmosfera dianggarkan akan menghalang 99% cahaya suria daripada sampai ke permukaan bumi selama beberapa minggu (menjadi suasana gelap gelita)
2.Kegelapan ini akan menghentikan proses fotosintesis oleh tumbuhan menyebabkan banyak tumbuhan mati
3.Suhu yang terlalu rendah juga membunuh banyak hidupan dan menyebabkan rantaian makanan akan musnah serta tercemar. (yang hidup pun mengalami kebuluran atau mati akibat keracunan radioaktif)
4.30% sehingga 70% lapisan ozon akan musnah dan memerlukan masa yang lama untuk membinanya kembali
5.Cahaya ultra-lembayung akan memasuki bumi dengan kadar yang tinggi mampu menyebabkan kanser kulit dan kerosakkan mata


http://www.members.tripod.com/snt2000/Isunuklear.html